PAS perkasa MN, tiada masalah teruskan kerjasama dengan Bersatu – Hadi

PAS perkasa MN, tiada masalah teruskan kerjasama dengan Bersatu – Hadi

PAS akan memperkasakan hubungan kerjasama antara parti termasuk Umno dalam Muafakat Nasional (MN), kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, kerjasama dengan parti dalam Pakatan Nasional (PN) juga akan diteruskan.

“PAS tiada masalah untuk meneruskan kerjasama dengan parti dalam PN termasuk Bersatu.

“Keputusan MN mempelawa Bersatu untuk menyertai pakatan itu bukanlah perkara yang mengejutkan.

“Tetapi keputusan sama ada Bersatu menerima atau sebaliknya pelawaan itu akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi parti,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Ahli Parlimen Marang itu turut mengulangi pendirian bahawa PAS akan terus bekerjasama dengan Umno dan Bersatu.