SPRM siasat dakwaan tawaran wang, jawatan untuk lompat parti

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan menyiasat dakwaan kononnya terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

Pengarahnya, S Karunanithy, berkata pihaknya telah menghubungi Adun yang dipercayai terbabit dengan dakwaan itu, baru-baru ini.

“Hasil interaksi itu, Adun terbabit enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku ketika ini.

“Bagaimanapun, SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terbabit,” katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa kononnya beberapa Adun Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights