Ingkar PKP: 134 ditahan, 93 dikompaun – Ismail Sabri

Ingkar PKP: 134 ditahan, 93 dikompaun – Ismail Sabri

Muhammad Mustakim Ramli

Seramai 134 individu ditahan selepas didapati melakukan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 19 individu kini ditahan teman manakala 22 individu lagi dilepaskan dengan jaminan.

“Seramai 93 individu pula dikenakan tindakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat urut tanpa lesen (12), aktiviti yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) (33), aktiviti dengan membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (88) dan seorang individu yang melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, polis juga membuat pemantauan SOP Solat Jumaat di 2,294 masjid yang membabitkan 283,355 jemaah dan kesemua didapati mengikuti SOP yang ditetapkan serta mengikut saiz keluasan masjid.