Kedah laksana Temco atasi kluster Sivagangga

Kedah laksana Temco atasi kluster Sivagangga

Kerajaan Kedah mengambil langkah selamat dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (Temco) di empat mukim, bagi membendung kluster Sivagangga yang merekodkan 11 kes baru positif Covid-19 hari ini.

Pada masa sama, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah turut mengarahkan penutupan lima buah sekolah di dua daerah di negeri itu selama 28 hari mulai.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, antara mukim yang terlibat adalah Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di daerah Padang Terap.

Perlaksanaan Temco yang dijalankan itu membabitkan kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada Restoren Nasi Kandar Salleh, Hosba.

Sementara itu sekolah yang ditutup di Kubang Pasu ialah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa, manakala Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap turut diarahkan untuk ditutup.

Sekolah akan ditutup selama 14 hari untuk tempoh kuarantin, dan disambung 14 hari lagi bagi tempoh pemerhatian.

Dilaporkan guru-guru yang tinggal di kawasan PKP Peningkatan Sasaran (Temco) ini dilarang pergi bekerja oleh MKN.

Hanya guru yang tinggal dan mengejar di luar kawasan itu serta perkhidmatan penting dibenarkan melalui kawasan Temco.

Kluster Sivagangga mempunyai 20 kes setakat ini, menjadikannya kelompok aktif keempat terbesar pada masa ini.

Kluster Sivagangga bermula dengan pesakit indeks, pemilik restoran, yang tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah setelah kembali dari luar negara.