Lelaki malaysia mati di lokap thailand

Lelaki malaysia mati di lokap thailand

Seorang lelaki warga Malaysia ditemui mati ketika berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand di Sadao, Jumaat lalu.

Mayat lelaki berusia 34 tahun dan berasal dari Padang Besar, Perlis itu sudah dikebumikan selepas dituntut ibunya yang juga warga Thailand.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad mengesahkan kejadian itu, lapor Utusan Malaysia.

Katanya, lelaki terbabit ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan masuk ke negara berkenaan secara haram.

Difahamkan, lelaki terbabit membunuh diri dengan menjerut lehernya menggunakan baju yang diikat pada jeriji lokap.

Dia ditemui tidak sedarkan diri pada jam 1.30 tengah hari sebelum disahkan meninggal dunia oleh hospital tempatan pada jam 4.30 petang Jumaat lalu.