127 ditahan ingkar arahan PKP

127 ditahan ingkar arahan PKP

Seramai 127 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, lapan individu direman manakala 119 individu pula dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti yang tidak mengikuti SOP (65) dan aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (62),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, polis bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam turut melakukan 1,969 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

Katanya, polis telah mengambil tindakan terhadap lima individu kerana gagal mematuhi SOP kuarantin rumah yang ditetapkan.