Beirut diisytihar darurat 2 minggu

Beirut diisytihar darurat 2 minggu

Presiden Lubnan, Michel Aoun memanggil Kabinet bagi mengadakan mesyuarat tergempar susulan letupan dahsyat yang mengorbankan lebih 70 orang dan ribuan cedera serta bangunan di bandar raya itu rosak.

Aoun berkata, mesyuarat itu bagi mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu.

“Seluruh negara juga diminta berkabung bagi mengenang mangsa yang terkorban dalam letupan di Pelabuhan Beirut.

“Dalam masa sama, kerajaan meluluskan sejumlah AS$65 juta (RM273.167 juta) daripada peruntukan belanjawan tahun ini sebagai bantuan kecemasan,” katanya seperti dilapor AGENSI.

Selain itu, Aoun mempersoalkan tindakan gudang bunga api yang menyimpan 2,750 tan ammonia nitrat tanpa langkah keselamatan yang didakwa menjadi punca letupan itu.

“Kilang berkenaan sudah diberi amaran sejak 2014 selepas didakwa melanggar peraturan berkaitan pengurusan keselamatan,” katanya.


Credit Photo: AFP / Getty