Bekas juruterbang maut terjun tingkat 12

Bekas juruterbang maut terjun tingkat 12

Muhamad Mustakim Ramli

Seorang bekas juruterbang maut, dipercayai terjun dari unit kondominiumnya di Bandar Kinrara, Puchong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.10 petang.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa yang berusia 35 tahun dipercayai terjun dari rumahnya di tingkat 12 di sebuah kondominium.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian tidak menemui kesan mencurigakan atau unsur jenayah, pemeriksaan fizikal pada mayat juga tiada menemui kecederaan akibat perbuatan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismadi berkata, menurut saksi mangsa yang bekerja sebagai juruterbang di sebuah syarikat tempatan, diberhentikan kerja dua bulan lalu.

“Mangsa dipercayai dalam keadaan tidak dapat mengawal diri bertindak terjun dari rumahnya.

“Proses bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan akibat jatuh dari bangunan,” katanya.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.