Doa Hadi kepada Lubnan

Doa Hadi kepada Lubnan

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendoakan Lubnan sentiasa dalam lindungan Allah susulan kejadian letupan di Pelabuhan Beirut, awal pagi tadi.

Abdul Hadi berkata, keamanan dan keselamatan rakyat negara itu perlu diutamakan, tindakan yang menggugat keharmonian adalah dikutuk dan wajar di bawa ke muka pengadilan.

“Saya bersimpati atas tragedi letupan di Beirut, Lubnan yang mengakibatkan puluhan terbunuh dan ribuan tercedera.

“Malaysia, melalui Wisma Putra, telah menyatakan komitmen untuk membantu Lubnan bangkit daripada bencana ini.

“Semoga Lubnan sentiasa dalam lindungan Allah, diberikan kesejahteraan dan keamanan serta rakyatnya bersabar menghadapi ujian,” kata Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu di Facebook.