Letupan Beirut: Bapa saudara kekasih Sajat antara yang maut

Letupan Beirut: Bapa saudara kekasih Sajat antara yang maut

Bapa saudara kekasih Sajat antara yang maut dalam kejadian letupan di Beirut, Lubnan.

Menjawab komen salah seorang pengikutnya di laman Instagram yang bertanyakan keadaan kekasihnya, Jadoos iaitu warga Lubnan, Sajat berkata dia selamat.

Sajat memaklumkan bapa saudara Jadoos antara yang menjadi mangsa nahas kejadian.
 
“Jadoos Alhamdulilah, cuma pak cik dia ada yang meninggal di tempat kejadian,” tulisnya seperti dilapor Gempak.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, dua letupan kuat menggegarkan Beirut sehingga mengakibatkan kira-kira puluhan orang terbunuh manakala lebih 3,000 cedera.