Letupan Beirut: Rakyat Malaysia dilaporkan selamat

Letupan Beirut: Rakyat Malaysia dilaporkan selamat

Semua rakyat Malaysia di Beirut dilaporkan selamat susulan insiden letupan dahsyat di ibu negara Lubnan itu.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata laporan awal dari Perwakilan Malaysia di Beirut menyatakan semua rakyat Malaysia di sana selamat.

“Mereka telah dinasihatkan agar kekal berada di rumah masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Hishammuddin berkata, Malaysia tumpang bersedih dan sentiasa mendoakan rakyat Lubnan tabah mendepani ujian itu.

“Insya-Allah, Malaysia akan bantu apa sahaja yang terdaya,” katanya.