Malaysia catat 21 kes baru Covid-19 hari ini

Malaysia catat 21 kes baru Covid-19 hari ini

Terdapat 21 kes positif Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi dengan jumlah kes di negara ini adalah sebanyak 9,023 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada 21 kes yang dilaporkan itu, 15 adalah kes import dan enam kes tempatan.

Katanya, enam kes tempatan itu adalah tiga di Kedah iaitu daripada Kluster Sivagangga, (2) Sabah dan (1) Johor.

“Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.385 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.

Mengulas Kluster Sivagangga, Dr Noor Hisham berkata, seramai 1,647 orang telah disaring dalam kluster ini sehingga 12 tengah hari tadi.

“Daripada jumlah ini 24 kes dikesan positif Covid-19; 754 negatif dan 869 masih menunggu keputusan.

“Pecahan warganegara bagi kes positif kluster ini adalah 19 warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara,” katanya.