Murid positif Covid-19, pra sekolah di Penampang diarah tutup

Murid positif Covid-19, pra sekolah di Penampang diarah tutup

[Covid-19] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan sebuah pra-sekolah di Penampang, Sabah ditutup selepas seorang murid dijangkiti Covid-19.

Menurut satu dokumen ditandatangani pegawai kesihatan Penampang, seorang murid di pra-sekolah Sekolah Penampang telah didapati positif Covid-19.

Sekolah tersebut diarahkan tutup bermula hari ini hingga 19 Ogos bagi tujuan kuarantin.

Memetik laporan portal Borneo Echo, selain dokumen tersebut, ibu bapa telah menerima makluman daripada pihak sekolah berkenaan dan kemungkinan perlu menjalani pemeriksaan.

“Makluman kepada semua ibu bapa, pihak prasekolah telah diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia daerah Penampang untuk menutup prasekolah bagi tujuan kuarantin kerana terdapat salah seorang murid disahkan positif covid19 selama 14 hari bermula pada 06/08/2020 -19/08/2020.

“Bagi murid yang telah hadir pada 13/07/2020-03.08.2020 (senarai akan dilampirkan) dan mohon bersedia untuk swab. Pihak KKM akan menghubungi ibubapa yang terlibat dan mohon beri kerjasama.”