PM zahir simpati, sedia hulur bantuan kepada Lubnan

PM zahir simpati, sedia hulur bantuan kepada Lubnan

Perdana Menteri menzahirkan rasa simpati kepada seluruh rakyat Lubnan atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut, awal pagi tadi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh Lubnan.

“Malaysia mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Lebanon atas tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menggemparkan negara itu awal pagi tadi.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam kejadian itu, serta berdoa agar mereka tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri dalam pada itu melahirkan rasa bersyukur kerana tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.

“Alhamdulillah, semua rakyat Malaysia di Beirut dilaporkan selamat,” katanya.