Goldman Sachs: Tommy Thomas syor kerajaan cari penyelesian luar mahkamah

Goldman Sachs: Tommy Thomas syor kerajaan cari penyelesian luar mahkamah

Fitri Nizam

[Parlimen]
Dewan Rakyat hari ini, didedahkan dengan surat bertarikh 11 Februari 2020, mengandungi syor bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk mencari penyelesaian di luar mahkamah berhubung tuntutan dana dan aset milik negara daripada bank pelaburan global, Goldman Sachs.

Ketika mendedahkan perkara itu, Menteri Kawangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata syor terbabit dibuat Tommy kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pihaknya mempunyai rekod yang menunjukkan pada 13 Disember 2019 kerajaan terdahulu telah menawarkan menyelesaian AS$4 bilion kepada Goldman Sachs tetapi tawaran itu ditolak, sebaliknya memberi tawaran balas iaitu hanya AS$1.5 bilion.

“Terkini dan belum pernah dikongsi ialah surat bertarikh 11 Februari 2020 di mana Tan Sri Tommy Thomas telah memaklumkan kepada mantan perdana menteri bahawa Goldman Sachs bersetuju menaikkan tawaran mereka kepada AS$1.75 bilion.

“Jumlah itu termasuk juga bayaran cukai sebanyak AS$164 juta dan pemulangan yuran sebanyak AS$567 juta.

“Syor yang diberi mantan peguam negara di dalam surat tersebut adalah untuk mencari penyelesaian di luar mahkamah. Ini bercanggah dengan dakwaan beliau bahawa kerajaan Perikatan Nasional tidak seharusnya menerima penyelesaian luar mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat.

Tengku Zafrul berkata, melalui rundingan terkini kerajaan akan menerima jumlah tunai sebanyak AS$2 bilion tanpa menolak jumlah cukai dan ia 42 peratus lebih tinggi daripada tawaran terakhir yang diterima oleh Tommy Thomas.

“Tambahan kerajaan kini menerima jaminan sekurang-kurangnya AS$1.4 bilion daripada jualan aset dan menerima bayaran cukai.

“Dengan penyelesaian ini dan jumlah yang telah diterima drpd DOJ (Jabatan Kehakiman) lebih AS$4.5 bilion akan dikembalikan kpd rakyat malaysia.