Hisap vape dalam Dewan, Hishammuddin mohon maaf

“Maaf, saya tidak sedar,” kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein susulan ‘tertangkap’ menghisap rokok elektronik atau vape dalam Dewan Rakyat.

Rakaman perbuatan itu tular di media sosial hari ini hingga mengundang kecaman netizen.

“Ini tabiat baru. Saya meminta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan melakukannya lagi,” tulis Ahli Parlimen Sembrong itu menerusi ciapan di Twitter.

Dalam video pendek yang tular itu, Hishammuddin dilihat mengangkat sedikit pelitup muka yang dipakainya sebelum menyedut rokok elektronik.

Beliau kemudian dilihat menghembuskan asap melalui pelitup muka yang tertutup.

https://twitter.com/HishammuddinH2O/status/1291261650989805568?s=19

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights