KKM galak NGO sumbang pellitup muka tiga lapisan

KKM galak NGO sumbang pellitup muka tiga lapisan

Nurul Huda Abhar

[Covid-19]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat persendirian dalam usaha penghasilan pelitup muka jenis fabrik.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini berikutan terdapat pandangan peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam membebankan golongan B40 dan keluarga ramai anak.

“Untuk orang awam mereka boleh pakai pelitup muka fabrik yang boleh dicuci. Kos mungkin boleh berkurangan jika ia boleh dicuci. Ia adalah jenis tiga lapisan.

“Satu NGO telah tampil ke depan untuk menderma sejuta pelitup muka fabrik.

“Bagi KKM yang utama adalah pelitup muka menepati syarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu mempunyai tiga lapisan. Pemakaian jenis satu lapisan kita tidak galakkan langsung,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambahnya, KKM sedang mengkaji cadangan untuk pemberian pelitup muka jenis fabrik tiga lapisan kepada semua murid sekolah seluruh negara dalam usaha memastikan keselamatan mereka terjamin, sekali gus mengekang wabak Covid-19.