Puteri cadang LIFO, penempatan semula kurang impak individu hilang kerja

Puteri cadang LIFO, penempatan semula kurang impak individu hilang kerja

Nilam Oshman

Binbang terhadap isu pengangguran membabitkan golongan muda khususnya wanita, Puteri Umno mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan impak kepada kumpulan terbabit.

Antaranya sebarang pemberhentian pekerja harus dilakukan melalui LIFO (last-in-first-out) dan membentuk satu sistem pengendalian untuk mengkaji sebarang ketidakadilan berbangkit.

Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan berkatab jika perberhentian perlu dilakukan juga, penempatan semula harus difikir dahulu sebelum tindakan itu dibuat.

“Jika terpaksa diberhentikan juga, mereka perlu diberitahu tentang peruntukan kerajaan yang sedia ada untuk latihan semula bagi menyediakan mereka bidang-bidang baru yang boleh diceburi.

“Kita perlu tubuh pusat khas menerima aduan dengan tujuan membantu kumpulan yang hilang pekerjaan ini.

Perlu diberi perhatian juga berapa ramai dalam kalangan mereka terdiri wanita yang menjadi ‘ketua isi rumah’ seperti ibu tunggal atau mereka yang menyara ibu bapa dan ahli keluarga,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zahida berkata dalam situasi ekonomi serba mencabar ini, tidak dinafikan banyak majikan terutama dalam bidang perniagaan terpaksa ‘buang pekerja’.

“Diharap kerajaan mempertimbangkan langkah-langkah cadangan di atas agar kita dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik hari ini,” katanya.