Suhaimi Sulaiman letak jawatan di Bernama

Suhaimi Sulaiman letak jawatan di Bernama

Ketua Pengerusi Lembaga Pengelola Bernama, Suhaimi Sulaiman meletak jawatan selepas kira-kira lima bulan dilantik ke jawatan itu.

Surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Bernama melaporkan peletakan jawatan Suhaimi itu berkuat kuasa serta-merta.

“Ya, saya sudah menghantar surat peletakan tersebut. Namun ia terpulang kepada keputusan lembaga pengelola dan juga menteri,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Suhaimi, 58, pernah memegang jawatan sebagai ketua pengarang Astro Awani, selain merupakan personaliti terkenal di stesen TV3 sama ada sebagai pembaca berita atau pengacara.

Beliau dilantik menyertai Bernama selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.