Fasha Sandha kongsi kegembiraan kelahiran baby Aisha

Nurul Huda Abhar

Pelakon, Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan yang digelar Aisha, hari ini.

Kelahiran bayi Aisha yang merupakan anak ketiga Fasha adalah hasil perkahwinannya bersama pelakon, Aidil Aziz.

“Assalamualaikum dunia. Hari ini hari pertama Aisha ke dunia ini. Hari Jumaat 7/8/2020.

“Terima kasih mendoakan yang baik-baik buat Aisha, ibu dan seluruh keluarga, katanya dalam hantaran Instagram.

Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh Aidil yang memuat turun gambar bayi mereka dengan gelaran ‘Baby A’.

Aidil mengakui sungguh teruja bergelar bapa dan bersyukur kelahiran anaknya berjalan dengan lancar dan selamat.

“Alhamdulillah, ‘Baby A’ selamat dilahirkan. Syukur ya Allah. Alhamdulillah atas rezeki ini.

“Terima kasih isteriku. Saya akan bercuti selama sebulan untuk jaga dan teman awak berpantang,” katanya di Instagram.

Pasangan ini bernikah pada 30 Mac tahun lalu dan ia perkahwinan kedua Fasha selepas berpisah dengan bekas suami, Jejai.

Fasha pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum kehadiran bayi Aisha.

Menerusi perkahwinan pertama Fasha, dia mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.