Isteri Guan Eng pula ditahan

Isteri Guan Eng pula ditahan

Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) menahan isteri bekas Menteri Kewangan, Betty Chew.

Turut ditahan, ahli perniagaan Phang Li Koon, yang sebelum ini telah dibebaskan daripada tuduhan berkaitan pembelian banglo bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, lapor Malaysiakini.

Difahamkan Li Koon ditahan malam tadi sementara Chew hadir dan disoal siasat di pejabat SPRM Pulau Pinang hari ini berkaitan kes mahkamah Guan Eng pada Selasa depan.

Kontroversi pembelian banglo bawah harga pasaran itu bermula ketika Guan Eng membeli rumah itu daripada Phang pada 2015 ketika bertugas sebagai ketua menteri.

Dia juga dituduh salah guna kuasa dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam, syarikat yang dikaitkan dengan Phang.

Guan Eng hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta suapan 10 peratus daripada jumlah keuntungan dalam projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.