18 terkorban, pesawat penumpang India tergelincir

18 terkorban, pesawat penumpang India tergelincir

[Dunia] Jumlah kematian pesawat penumpang India yang tergelincir dan terbelah dua di landasan Lapangan Terbang Calicut di India semalam, meningkat kepada 18 orang manakala 16 lagi parah, kata pegawai kanan pemerintah.

Memetik laporan Reuters, Ketua Daerah Malappuram di Selatan Kerala, K Gopalakrishnan berkata pesawat Boieng-77 itu mendarat dalam keadaan cuaca hujan lebat menyebabkan ia tergelincir lalu terhempas sebelum badan pesawat terbelah dua.

“Penerbangan tersebut membawa 190 penumpang termasuk anak kapal. Dua juruterbang pesawat berkenaan antara mereka yang maut.

“Semua penumpang telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, mereka juga akan diuji untuk ujian Covid-19 dan juga autopsi mayat akan dilaksanakan mengikut protokol,” katanya.

Tambahnya, ia kemalangan terburuk di India selepas 2010, yang mengorbankan 158 nyawa di Mangalore.

Sementara itu, Menteri Penerbangan Awam, Hardeep Singh Puri berkata, siasatan akan dilakukan untuk mengetahui punca nahas terbabit.

“Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan sebahagian besar penumpang kerana pesawat tidak terbakar,” katanya.

Pesawat Air India Express AXB1344 ini beroperasi semula untuk penghantaran balik rakyat India yang tersekat di Dubai akibat sekatan perjalanan dari pandemik Covid-19, ia dikendalikan oleh kerajaan.

Photo Credit: Reuters