Fenomena vape ulangi sejarah silam penerimaan rokok?

Fenomena vape ulangi sejarah silam penerimaan rokok?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kanak-kanak atau remaja yang menggunakan vape atau rokok elektronik mempunyai dua kali ganda risiko untuk menghisap rokok pada masa akan datang.

Fakta itu dikongsikan Pusat Racun Negara menerusi Facebooknya semalam, susulan kebimbangan fenomena menghisap vape kini, umpama mengulangi sejarah silam penerimaan rokok dalam masyarakat.

Menurut hantaran itu, jika suatu ketika dahulu, rokok ditonjolkan sebagai satu imej dan gayaberprestij oleh syarikat tembakau, kini vape pula menjadi trend.

Ia bukan saja dalam kalangan lelaki, malah golongan wanita dan kanak-kanak dengan rekabentuk menarik dan mengelirukan serta maklumat yang dimanipulasi.

“Ini dibuktikan lagi dengan peningkatan prevalen perokok elektronik yang naik secara mendadak dalam tempoh singkat.

“Pada 2016, prevalen penghisap vape dewasa adalah 3.2 peratus, bersamaan dengan 600,000 orang, manakala 300,000 remaja di Malaysia ketika itu juga telah pun dikenalpasti menghisap vape.

“Tidakkah anda bimbang jika tabiat menghisap vape akan mempengaruhi ahli keluarga anda?,” katanya.


Photo Credit: Getty