Ingkar PKP, 178 ditahan polis

Ingkar PKP, 178 ditahan polis

Muhammad Mustakim Ramli

Seramai 178 individu ditahan polis kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu lapan direman, manakala 169 individu lagi dikenakan kompaun dan seorang dijamin.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM membuat 62,126 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKP Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 3,277 Pasukan Pematuhan yang membabitkan 14,026 anggota membuat pemantauan di 3,945 pasar raya, 5,891 restoran, 1,521 penjaja, 125 kilang, 3,580 bank dan 694 pejabat kerajaan.

“Juga 1,138 terminal pengangkutan darat, 212 terminal pengangkutan air serta 99 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Task Force Operasi Pematuhan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.