Wan Ahmad Fayhsal: Jawatan saya akan permudahkan anda

Wan Ahmad Fayhsal: Jawatan saya akan permudahkan anda

Aiman Hanif

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad akan menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi membantu pemimpin Armada Bersatu.

Dalam satu video yang tular di media sosial ketika berkempen untuk pemilihan parti, Wan Fayhsal berkata jawatan disandangnya adalah bagi memudahkan pemimpin akar umbi Armada.

Bagaimanapun video yang tular itu tidak dapat dipastikan lokasi calon ketua Armada itu berkempen.

“Jadi kita jumpa Datuk (Seri Dr) Ronald (Kiandee), ini hajat Armada Pahang. Tolong Datuk bantu kami, yang mana ada dana usahawan muda atau Agro Bank, kita buat secara pukal yang mcam itu. 

“Dan saya sebagai timbalan menteri, dan insya-Allah ketua Armada nasional akan permudahkan. Bagimana, Saya keluarkan surat sokongan sebagai timbalan menteri, sebagai ketua Armada, dan saya akan buat salinan, kepada Tan Sri Perdana Menteri, untuk perkukuhkan,” katanya

“Itu guna jawatan…Jawatan ini diberi untuk permudahkan kalian. Bukan untuk saya seorang, tapi untuk bantu kalian, bantu saya jugak. Pertama, undilah saya…,” katanya dalam video berkenaan.

Wan Ahmad Fayhsal adalah orang kuat bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bagaimanapun beliau mengambil keputusan meninggalkan bekas ketua Armada itu di tengah-tengah kemelut Bersatu.

Beliau membuat keputusan menyertai kem Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dalam video itu juga berkata 

Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan bendera parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan nanti.

Jelasnya,  bendera tersebut akan berwarna biru gelap.

“Saya dah bawa Armada Sabah untuk berjumpa dengan Muhyiddin dan kita akan gunakan bendera kita.

“Bendera PN biru gelap dan juga ada tulisan Perikatan Nasional di PRN Sabah,” katanya lagi.