3 lagi dikesan positif dari Kluster Kurau

3 lagi dikesan positif dari Kluster Kurau

[Covid-19] Terdapat tiga lagi kes positif dikesan dalam Kluster Kurau, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Setakat ini, kluster ini telah melibatkan dua negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

“Mereka merupakan ahli keluarga kes pertama kluster ini iaitu kes ke-9,050 iaitu adik, biras dan anak saudara mangsa berumur dua tahun.

“Kes pertama telah mempunyai kontak rapat dengan kesemua kes baharu ini semasa aktiviti kunjung-mengunjung menjelang Aidiladha,” katanya.

Beliau berkata, kes ke-9093 iaitu anak saudara kes ke-9050 didapati mempunyai gejala demam dan selesema sejak 30 Julai lalu, manakala adik dan biras kes ke-9050 itu tidak bergejala.

“Ketiga-tiga kes baharu ini telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

“Seramai 125 orang telah disaring dalam kluster ini, daripada jumlah tersebut, lima dikesan positif Covid-19, 112 negatif dan lapan masih menunggu keputusan,” katanya lagi.