OKT maut terjun tingkat lima mahkamah

OKT maut terjun tingkat lima mahkamah

Seorang lelaki Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di Georgetown untuk pendakwaan ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat 5 bangunan berkenaan hari ini.

Memetik laporan Bernama, mayat lelaki berusia 40an itu ditemui terbaring di aras bawah mahkamah pada kira-kira pukul 11.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kerana sidang akhbar berhubung insiden itu akan dibuat oleh Ketua Polis Pulau Pinang Sahabudin Abd Manan esok.

Soffian berkata, pihaknya juga masih menjalankan siasatan lanjut serta terperinci berhubung kejadian itu.

Mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat