PKR alu-alukan penyertaan Rafidee

PKR alu-alukan penyertaan Rafidee

PKR mengalu-alukan penyertaan Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kurau, Mohd Rafidee Hashim ke dalam parti itu bersama 200 ahli bahagian berkenaan.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata belas calon Ahli Parlimen Kuala Kurau itu membuat keputusan tepat kerana Bersatu sudah menyimpang daripada matlamat perjuangan asal menentang kleptokrasi.

“PKR sebagai parti berbilang kaum sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bersama terlibat dalam perjuangan memartabatkan hak rakyat, ekonomi yang saksama, menegakkan keadilan dan melakukan perubahan institusi serta sistem dalam negara.

“Di samping itu, penyertaan saudara Rafidee akan memperkukuhkan lagi Pakatan Harapan di Kuala Kurau.

“Pastinya idea dan khidmat beliau diperlukan dalam ikhtiar untuk merampas kerusi tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam Mohamad Rafidee ketika mengumumkan keluar Bersatu berkata tindakan tersebut atas kerelaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Katanya, keputusan menyertai PKR kerana yakin parti itu lebih konsisten dan berprinsip dalam usaha memperjuangkan reformasi.