230 individu ingkar PKPP ditahan

230 individu ingkar PKPP ditahan

Fitri Nizam

Polis menahan 230 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 13 individu direman manakala 2 individu lagi dijamin, sementara 215 individu lagi dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam (22), aktiviti yang tidak mengikuti SOP (49), premis beroperasi lebih masa (1), tidak memakai pelitup muka (26).

“Selain itu, aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (128) serta melanggar perintah kuarantin (2) dan gagal melunaskan kos kuarantin (2),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, seramai 9 individu diambil tindakan kerana gagal mematuhi SOP kuarantin di rumah seperti yang ditetapkan.

“Semalam (10 Ogos), polis melakukan 1,445 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

“Polis bersama petugas Kementerian Kesihatan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya.

Mengenai kawalan sempadan negara, beliau berkata, polis menahan 2 individu atas kesalahan imigresen.