7 maut, 3 cedera nahas Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands

7 maut, 3 cedera nahas Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands

Tujuh termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands, Perak, petang tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 5.30 petang itu, tiga lagi individu dilaporkan cedera.

Memetik laporan Astro Awani, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 petang sebelum bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori dengan Produa Alza.

“Operasi menyelamat sedang dijalankan, jumlah mangsa yang terlibat adalah 10 orang namun tujuh daripadanya disahkan maut manakala tiga lagi cedera,” katanya.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa yang maut terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki, tiga perempuan dewasa dan dua lelaki dewasa.

Mangsa yang cedera pula ialah dua kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki dewasa yang parah.



Foto – Media Sosial