‘Sang Kelembai’ dakwa menteri agama salah guna kuasa babitkan RM1.9 juta

‘Sang Kelembai’ dakwa menteri agama salah guna kuasa babitkan RM1.9 juta

Penulis blog ‘Sang Kelembai’ Datuk Abd Zarin Mohd Yasin membangkitkan pertanyaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri berhubung penyalahgunaan kuasa.

Zarin menulis di Facebooknya Zaharin Mohd Yassin mendakwa bahawa kerja-kerja hakiki sebagai menteri bekas mufti Wilayah Persekutuan itu dijalankan oleh pegawai khasnya.

“Saya hanya nak bertanya cerita dari mulut ke mulut. Betulkah menteri senator yang tidak ada kawasan ini,
meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) luluskan bantuan NGO pegawai khasnya (sebanyak) 400k (RM400,000)

“…Dan adakah projek tafsiran Al Bayan itu adik dia yang punya. Saya minta maaf jika salah. Tapi saya perlu penjelasan dua isu itu,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Zulkifli diangkat sebagai menteri selepas Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan bersama Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

Beliau mencipta sejarah menjadi mufti yang pertama diangkat menjadi menteri.

Dalam satu hantaran berasingan di Facebooknya, Zarin yang memetik pendapat penyelidik mendakwa bekas mufti Wilayah Persekutuan itu cenderung kepada fahaman Wahabi.

“Khabarnya menteri agama yang dikenal pasti oleh satu pihak penyelidik cenderong kepada fahaman wahabi. Menggunakan wang baitulmal membantu NGO pegawai dalam pejabatnya.

“Khabarnya juga minta wang baitulmal berjumlah RM1.5 juta setelah diluluskan, arahkan di simpan wang itu atas nama suraunya tetapi pihak MAIWP tidak bersetuju akhirnya wang itu disimpan di Yayasan Taqwa.

“Khabarnya wang ini hendak digunakan percetakan satu Al-quran tafsiran di mana syarikat pencetak dia ada kepentingan dengannya,” kata Zarin lagi.

Tambah Zarin, dia menunggu penafian menteri agama berhubung dakwaan yang dibangkitkannya itu.

“Kita tunggulah kenyataan penafiannya, yang pasti semua masjid diminta berbelanja wang masjid untuk CSR waktu covid.

“Tapi RM1.9 juta dikeluarkan wang baitulmal untuk kepentingan dirinya. Agaknya ajaran Wahabi begitu… Entahlah,” katanya lagi

Malaysiapost sedang berusaha untuk mendapatkan respon Zulkifli berhubung isu yang dibangkitkan Zarin itu.