‘YB juara penembak babi’ letak jawatan

‘YB juara penembak babi’ letak jawatan

Datuk Norhizam Hassan Baktee semalam mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Ahli Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Melaka (MPNM) berkuat kuasa serta merta

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani dan Koperasi negeri itu berkata, beliau berbuat demikian kerana terdapat ketirisan dalam pengurusan badan itu.

Turut mengambil keputusan sama ialah Timbalan Pengerusi, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah; Setiausaha Kehormat, Azlan Mokhtar dan Bendahari Kehormat, Norman Burhan.

“Ketirisan ini juga menyebabkan Pengakap Melaka menanggung beban hutang yang tinggi termasuk jumlah saman sebanyak RM729,000 oleh pihak kontraktor yang membaik pulih kem,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, semalam.

Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu

Pada 28 April tahun lalu, Norhizam diangkat sebagai Pengerusi Pengakap negeri yang baharu.

Beliau dipilih memegang jawatan itu menerusi pemilihan mesyuarat agung tahunan Majlis Pengakap Melaka.

Norhizam yang terkenal dengan jolokan “juara penembak babi” itu berkata perkara itu telah dilaporkan kepada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia sejak April tahun lalu, namun tiada sebarang tindakan susulan diambil.

Dakwanya, ketirisan itu juga telah menyebabkan prestasi kewangan terjejas teruk dan menanggung saman berjumlah RM729,000 dibuat pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja baik pulih kem Pengakap Melaka di Pengakalan Badak.

“Mereka (Pengurusan) sering membuat keputusan berhubung kewangan dengan membelakangi Majlis Pengakap Negeri Melaka.

“Apa yang berlaku telah menghakis keyakinan ahli-ahli pengakap termasuk penyumbang dan menyebabkan rasa tidak hormat terhadap unit badan beruniform ini.

“Dengan itu kami menganggap keputusan untuk melepaskan jawatan ini secara serta-merta adalah tepat,” katanya.