1MDB : Najib tidak pernah beri arahan ubah laporan

1MDB : Najib tidak pernah beri arahan ubah laporan

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan tidak pernah menerima sebarang arahan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk mengubah laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya bekas Perdana Menteri tersebut hanya bertanya mengenai dua penyata kewangan 1MDB yang berbeza untuk tahun sama.

Berikut adalah jawapan Ambrin ketika sesi pertanyaan oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib seperti yang dilapor BH hari ini.

Adakah anda melaporkan sesuatu yang tidak benar sepanjang menyediakan laporan itu, Ambrin menjawab: “Tidak.”

Ketika anda berjumpa dengan Najib, adakah beliau memberikan sebarang arahan spesifik?
Ambrin: Tidak

Beliau (Najib) tidak pernah mengarahkan anda untuk menggunakan mana-mana penyata kewangan, sama ada penyata A atau B?
Ambrin: Tidak pernah

Sebagai seorang Perdana Menteri yang bijak dan munasabah, beliau semestinya bimbang mengenai dua penyata kewangaan untuk tahun sama?
Ambrin: Ya

Najib turut memberi jaminan bahawa menyiasat perkara itu?
Ambrin: Ya

Ambrin turut menegaskan bahawa laporan 1MDB tersebut adalah benar dan mempunyai kredibiliti, malah disediakan tanpa sebarang ancaman daripada mana-pihak.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy pula dituduh bersubahat dengan Najib berhubung kesalahan sama.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.