Golongan muda paling ramai ikuti media sosial Istana Negara

Golongan muda paling ramai ikuti media sosial Istana Negara

Lebih 50 peratus pengikut media sosial Istana Negara adalah golongan muda, kata Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Katanya, situasi itu menunjukkan generasi muda masa kini lebih gemar mengikuti pendekatan mengenai institusi diraja melalui platform media sosial.

Oleh itu, beliau berpendapat, perkongsian maklumat dan aktiviti Istana Negara di media sosial dapat memupuk nilai positif di kalangan anak muda.

“Bagi meningkatkan semangat cintakan institusi diraja, saya berpendapat perlu perbanyakan tontonan mengenai aktiviti raja.

“Contohnya, institusi diraja mengadakan lawatan ke rumah orang susah dan memberi bantuan kepada rakyat, supaya kita dapat lihat raja bukan hanya bersemayam di istana sahaja, mereka juga turun padang mendengar rintihan rakyat,” katanya ketika menjadi tetamu program Darah Muda terbitan Bernama TV, hari ini.

Menurut Azuan Effendy, generasi muda kini perlu mendukung dan menghayati prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Katanya, pemahaman menyeluruh dapat membantu Malaysia menjadi negara berdaulat, sekali gus menyemai semangat cintakan negara serta menghormati institusi diraja.

“Anak muda yang bakal menjadi pemimpin negara harus tahu sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen ini adalah paksi kepada negara. Negara akan terus gemilang jika kita terus mempertahankannya,” katany