‘Sahabat PDRM saya semua geng masjid’

‘Sahabat PDRM saya semua geng masjid’

Nurul Huda Abhar

“Saya ramai sahabat dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), semua geng masjid, kata Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Menurutnya, sahabat dalam kalangan anggota PDRM juga mempunyai nilai murni yang tinggi tidak mengira pangkat.

“Saya ramai sahabat dengan anggota PDRM dari peringkat atasan hinggalah ke bawahan.

“Semua baik-baik dan santun. Dan yang paling bagus semua geng masjid. Alhamdulillah,” tulisnya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Ia dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid yang mendakwa kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat.

Namun begitu, Mohd Asri yang membongkar kegiatan judi haram dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh, membuat permohonan maaf hari ini.