Acryl Sani pemangku Timbalan Ketua Polis Negara

Acryl Sani pemangku Timbalan Ketua Polis Negara

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa hari ini.

Acryl Sani memangku jawatan berkenaan berikutan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor yang akan bersara wajib esok.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cheras, pagi tadi.

Acryl Sani berpengalaman luas dalam bidang kepolisan dan pernah mengetuai beberapa jabatan di Bukit Aman, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Sumber Strategik serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).