Judi Sungai Buloh: Seorang lagi penguat kuasa direman

Judi Sungai Buloh: Seorang lagi penguat kuasa direman

Seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa direman tujuh hari bermula hari ini, untuk membantu siasatan kes menerima rasuah kerana melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kira-kira jam 9.30 malam tadi, selepas hadir memberi keterangan.

Semalam, lima individu termasuk empat penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.

Kes membabitkan peniaga di Sungai Buloh itu menjadi hangat apabila baru-baru ini tular dua klip video yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi di Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahan itu dibuat oleh individu yang dikenali sebagai Asri Janggut menerusi Facebook Hot Burger Malaysia.