Melayu negara jiran mana Dr M, tanya menteri Singapura

Melayu negara jiran mana Dr M, tanya menteri Singapura

Muhammad Afiq

“Lihat Melayu negara jiran” yang ditulis dalam kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang persoalan daripada pemimpin kerajaan negara jiran Singapura.

Menteri Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam dalam satu hantaran di Facebooknya berkata beliau bertanya negara jiran mana yang dimaksudkan bekas pengerusi Bersatu itu.

“Dr Mahathir memeperkenalkan nama parti baharunya melalui (tulisan seperti) sajak, partinya bernama Perjuang.

“Dua baris ayat dalam sajak itu agak menarik, lihat Melayu negara jiran. Melayu lagikah negara mereka?…Negara (jiran) mana yang Dr Mahathir rujuk,” soalnya di media sosial.

Malam tadi Dr Mahathir mengumumkan Perjuang Tanah Air (Pejuang) sebagai nama parti baharu yang ditubuhkannya.

Nama parti itu diumum bekas Perdana Menteri itu pada Majlis Memperkenalkan Calon PRK N58 Slim di Taman Slim Permata, Slim River.

Dr Mahathir berkata, parti itu ditubuhkam untuk menyelamat selepas parti sebelum ini ‘dihijack’ untuk selamatkan musuh.

Katanya, Bersatu ditubuh untuk hapuskan kleptokrat namun kini beralih menyelamatkannya.