PRK Slim: SPR tak benar perarakan, berkumpul pada penamaan calon

PRK Slim: SPR tak benar perarakan, berkumpul pada penamaan calon

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan penyokong parti politik hadir ke pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim, Sabtu ini.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata ia selaras dengan penguat kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan hanya calon, pencadang dan penyokongnya sahaja dibenarkan masuk ke pusat berkenaan.

“Aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong dan calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang hari penamaan calon,” katanya memetik portal PN BBC.

Katanya lagi, SPR berharap proses penamaan calon berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini khususnya yang mengganggu ketenteraman awam.

PRK DUN Slim diadakan susulan kematian Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 15 Julai lalu.