ROS belum terima permohonan parti politik baharu

ROS belum terima permohonan parti politik baharu

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak menerima sebarang permohonan pendaftaran parti politik baharu sehingga semalam.

ROS menerusi kenyataan, berkata penjelasan itu berdasarkan semakan rekod berhubung perkara berkenaan yang telah dibuat pihaknya.

“ROS akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur ditetapkan selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) sekiranya permohonan dikemukakan.

“Sekiranya terdapat sebarang permohonan, ROS akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan prosedur yang ditetapkan selaras dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335),” kata kenyataan itu.

Sebelum ini pada 7 Ogos lalu, Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan sebuah lagi parti Melayu baharu.

Semalam, bekas Perdana Menteri mengumumkan nama parti baharunya iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).