Messi lagi kaya dari Ronaldo

Messi lagi kaya dari Ronaldo

Bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi disenaraikan sebagai pemain bola sepak terkaya di dunia, mengatasi pesaing utamanya, Cristiano Ronaldo.

Majalah France Football menyenaraikan 10 pemain menerima gaji tertinggi pada 2019 yang menyaksikan kedua-dua pemain itu menduduki tempat pertama dan kedua.

Messi meraih pendapatan sebanyak 120 juta pound (RM658 juta) tahun lalu, lebih 11 juta pound (RM60 juta) berbanding kapten Portugal itu.

Kedua-dua bintang itu menjadi pemain yang berjaya melepasi penanda aras melebihi 100 juta pound (RM548 juta).

Jumlah pendapatan itu termasuk bayaran daripada gaji, bonus, duta produk, hasil komersial dan lain-lain.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar meraih pendapatan 87 juta pound (RM477 juta) tahun lalu manakala penyerang Real Madrid, Gareth Bale menerima 35.45 juta pound (RM194 juta).

Bale mengatasi Antoine Griezmann yang berada di tangga kelima dengan pemain antarabangsa Perancis itu merekodkan pendapatan 35.25 juta (RM193 juta).