Mesyuarat Jemaah Menteri dalam norma baharu

Mesyuarat Jemaah Menteri dalam norma baharu

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini berlangsung dalam suasana norma baharu apabila kedudukan antara anggota Kabinet dipisahkan dengan penghadang lutsinar.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu bertujuan mengekalkan penjarakan fizikal bagi mewujudkan jarak pemisah antara ahli mesyuarat dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

“Mesyuarat hari ini juga kali pertama semua ahli Jemaah Menteri dapat berkumpul dan bermesyuarat secara bersemuka di dalam bilik mesyuarat yang sama.

“Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan mengekalkan jarak fizikal, mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini dilangsungkan di tiga lokasi berbeza di Bangunan Perdana Putra,” katanya menerusi Facebook.