Pengarah penguat kuasa MBSA pula ditahan

Pengarah penguat kuasa MBSA pula ditahan

Pengarah Jabatan Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi individu terbaru ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkaitan kes melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh.

Pengarah berusia 59 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya jam 10 pagi tadi, lapor Berita Harian.

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Datuk Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan itu.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sembilan pegawai dan anggota penguat kuasa MBSA ditahan SPRM sejak beberapa hari lalu susulan pendedahan kegiatan judi haram dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.