Abu Bakar Juah meninggal dunia

Abu Bakar Juah meninggal dunia


Pelakon veteran, Abu Bakar Juah yang dilaporkan tenat, menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi.

Arwah yang berusia 72 tahun, meninggal dunia akibat kanser hati di kediamannya di Alam Damai Cheras pada jam 6.35 petang.

Memetik laporan BH, pemergian pelakon itu disahkan anak keduanya, Zarith Abu Bakar.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah, Allah SWT lebih menyayanginya.

“Ibu, adik beradik dan menantu berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir. Hanya menantu yang bertugas di Kemboja sahaja tiada.

“Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai kira-kira jam 10 pagi esok,” katanya.