MBSA gantung tugas pengarah, anggota penguat kuasa ditahan SPRM

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak menggantung tugas Pengarah dan anggota Jabatan Penguatkuasaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim, berkata

prosedur itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan SPRM terhadap mereka terbabit.

Jelasnya, penggantungan tugas itu adalah prosedur biasa bagi penjawat awam yang sedang berdepan dengan mana-mana siasatan.

“Setakat ini tiada rombakan dalaman cuma tugas mereka yang sedang disiasat akan digantikan pegawai lain untuk sementara waktu.

“Ini adalah prosedur biasa bagi penjawat awam (yang sedang disiasat) dan mereka akan diberikan tugas lain,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Haris juga menyatakan komitmen untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Katanya, MBSA tidak akan melindungi pegawai dan kakitangannya yang didapati terbabit dalam sebarang salah laku.

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights