Muhyiddin hadir pertemuan tertutup bersama BN, PAS di Johor

Muhyiddin hadir pertemuan tertutup bersama BN, PAS di Johor

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri pertemuan tertutup bersama pemimpin utama politik Johor, di sebuah hotel di Johor Bahru, malam ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tiba pada jam 8.15 malam dengan disambut Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Turut hadir pada majlis tertutup itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin; Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi MIC Johor, R Vidyananthan.

Selain itu, 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perikatan Nasional (PN) merangkumi 14 dari Umno, Bersatu (11), MIC (dua) dan PAS dengan satu kerusi serta Bebas (satu) juga turut hadir.

Pertemuan tertutup itu, menurut laporan BH, dikatakan membincangkan kerjasama politik dan masa depan hala tuju kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) bersama Bersatu yang bersetuju akan menyertai MN.