PRK Slim: Kemungkinan pertembungan tiga penjuru

PRK Slim: Kemungkinan pertembungan tiga penjuru

PRKPertembungan tiga penjuru dijangka berlaku dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim apabila Prof Santhara Sekaran Subramaniam tampil sebagai calon Bebas.

Mendakwa dirinya anak tempatan dia mengemukakan borang pencalonan di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini kira-kira jam 8.20 pagi.

Sebelum ini dua calon telah mengesahkan penyertaan iaitu calon BN dan calon Bebas tajaan parti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai. Pengundian ditetapkan pada 29 Ogos.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.