Restoran Ali Maju di Wisma Rampai ditutup bagi kerja pembasmian kuman

Restoran Ali Maju di Wisma Rampai ditutup bagi kerja pembasmian kuman

Rangkaian Restoran Ali Maju Sdn. Bhd. (Ali Maju) mengesahkan menerima notis penutupan salah sebuah cawangan di Wisma Rampai, hari ini.

Pemiliknya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pihaknya sentiasa peka dengan apa juga keadaan persekitaran dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi membendung penularan wabak Covid-19 sejak melanda negara Mac lalu.

“Ketika ini cawangan di Wisma Rampai ditutup sementara, seperti mana diarahkan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kami menutupnya selama 14 hari untuk memberi laluan kerja pembasmian kuman (sanitasi) di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit.

“Seperti mana kebiasaannya, menjadi amalan saya serta pengurusan rangkaian Restoran Ali Maju untuk akur dengan arahan pihak berwajib demi kebaikan bersama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.