Pemenang Anugerah Emmy, Ash Christian meninggal dunia

Pemenang Anugerah Emmy, Ash Christian meninggal dunia

Penerbit, pengarah, dan pelakon Ash Christian ditemui mati di Puerto Vallarta, Mexico hari ini.

Christian, 35 yang sedang bercuti di kawasan tersebut dilaporkan mati dalam tidur, lapor Agensi.

Pernah memenangi Anugerah Emmy, Christian mula mendapat perhatian umum sewaktu karya filemnya, Fat Girls diterbitkan sehingga memenangi
anugerah Bakat Baru Menyerlah di Outfest pada 2006.

Bukan sekadar mengarahkan filem Fat Girls, dia juga menulis skrip dan berlakon sendiri dalam filem berkenaan yang tayangan perdananya dibuat di Festival Filem Tribeca, ketika dia berusia 19 tahun.

Christian juga memenangi Anugerah Emmy pada 2014 untuk karya pendeknya berjudul “ml Promise”, berkisar pengalaman remaja bercinta buat pertama kali.

Melalui syarikat produksinya sendiri, Cranium Entertainment, Christian banyak menerbitkan filem diantaranya Hurricane Bianca, 1985, Hello Again, Social Animals, dan Coyote Lake, dan berjaya merangkul pelbagai anugerah.

Dia juga sepatutnya akan terbabit dalam beberapa projek besar pada tahun ini termasuk penggambaran filem
As Sick As They Made Us yang diarahkan sutradara baharu, Mayim.