Inter Milan mara final Liga Europa

Inter Milan mara final Liga Europa

Lautaro Martinez dan Romelu Lukaku masing-masing menjaringkan dua gol ketika membantu Inter Milan mara ke final Liga Europa selepas membelasah Shakhtar Donetsk 5-0, awal pagi tadi.

Satu lagi gol dijaringkan Danilo D’Ambrosio bagi membolehkan skuad Antonio Conte menentang Sevilla pada aksi final di Cologne, Sabtu ini.

Perlawanan akhir kali ini adalah aksi final pertama Inter Milan dalam tempoh 10 tahun selepas kali terakhir pada 2010 iaitu dengan menjulang trofi Liga Juara-Juara ketika dikendalikan Jose Mourinho.

Sebelum ini skuad kendalian Conte beraksi di saingan Liga Juara-Juara, namun gagal ke peringkat 16 terbaik selepas berada di kedudukan ketiga kumpulan F di belakang Barcelona dan Borussia Dortmund.